SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON, PANCHOR, MUAR telah ditubuhkan pada tahun 1903 dengan nama LANADRON ESTATE PRIMARY TAMIL SCHOOL di tepi sungai kawasan Ladang Lanadron, Panchor. Sekolah ini merupakan sekolah Tamil yang tertua di Negeri Johor.
Sekolah ini telah diperbuat daripada papan dan ditubuhkan oleh pihak pengurus ladang. Ianya beroperasi sehingga tahun 1963 di bangunan tersebut. PENTADBIRAN SEKOLAH Butir- butir berkaitan dengan pemegang jawatan Guru Besar SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON sejak ditubuh pada tahun 1903 hingga 1927 tidak diketahui. Pada tahun 1928 En.Subramaniam telah memegang jawatan guru besar sehingga 1935. Tugas beliau telah diambil alih oleh En.Masilamani. Beliau telah memegang jawatan tersebut sehingga 1941. En.R.Thatchinamoorthy telah memegang jawatan tersebut hingga 1945 . En.Kannappa Pillai telah menjadi guru besar sehingga 1947. En.Velayutham telah mengambil alih tugas belaiu pada 1948 dan sandang jawatan tersebut sehingga 1949. En.Rajagopal telah memegang jawatan tersebut sehingga 1952 . En.N.Letchumanan telah memegang jawatan tersebut sehingga 1954 . Pada 14.01. 1955 En.Sahadevan telah mengambil tugas sebagai Guru Besar SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON. Pelantikan beliau telah membuka satu era baru dalam sejarah SJK Tamil Ladang Lanadron. En.Mu.Narasimman telah dilantik sebagai guru penolongnya. Pada tahun itu seramai 34 murid telah belajar di sekolah ini. Pada masa itu Sekolah Tamil Persatuan India Panchor yang terletah di Pekan Panchor telah berfungsi di bawah pimpinan En.R.Suppiah dengan bilangan 14 orang murid. Pada tahun 1955 atas cadangan Pengerusi Lembaga Sekolah En. S.G.Taylor, En.Sahadevan telah berusaha untuk menggabungkan Sekolah Tamil Persatuan India Panchor dengan SJK Tamil Ladang Lanadron. En.R.Suppiah telah diterima sebagai staf tambahan SJK Tamil Ladang Lanadron . Pada tahun 1958, bilangan murid sekolah telah meningkat sampai 127 orang murid.Pada tahun yang sama En.Mohd Kasim bin Muhammad telah dilantik untuk mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada pertengahan tahun 1958 En.P.Raman dan En.R.Ragavan telah dilantik untuk mengajar Bahasa Tamil. Dengan perlatikan mereka maka bilangan guru telah meningkat sampai 6 orang guru. Pada tahun 1960, En.Mohd Kasim bin Muhammad telah bertukar ke sekolah lain dan tempat beliau telah diganti oleh Cik Aminah. Bangunan asal telah dirobohkan pada tahun 1964. Pada tahun tersebut, En.Sahadevan telah berusaha untuk mendirikan bangunan baru dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Bangunan baru telah didirikan dengan dua buah bilik darjah dengan kos RM 6000.00. Nama sekolah ditukar kepada SRJK (T) LADANG LANADRON, PANCHOR. Pada tahun 1967, dua buah bilik darjah tambahan, sebuah pejabat dan sebuah setor telah didirikan . Pada tahun 1969 En. R. Suppiah PIS telah memegang jawatan guru besar sekolah ini. Pada tahun 1970, beliau telah diganti oleh En.D. Doraisamy. Pada tahun itu juga En.M.Kannan PIS telah mengambil alih tugas guru besar daripada En. D. Doraisamy. Beliau telah memegang jawatan tersebut sehingga 01.05.1991. Pada 16.06.1991, En.G.Muniandy telah mengambil tugas sebagai guru besar. Beliau telah menjawat jawatan tersebut sehingga beliau bersara wajib pada 07.03.2003. Tempat beliau telah diambil alih oleh En.C.Pandu Rengan pada 16.03.2003 sehingga 02.08.2004. Tugas En.C.Pandu Rengan telah diambil alih oleh En.M.Turuvangadam pada 03.08.2004 hingga sekarang. GABUNGAN SEKOLAH-SEKOLAH CAWANGAN Pada 01.01.1973, tiga buah sekolah telah digabungkan dengan sekolah ini. Sekolah – sekolah yang telah dijadikan cawangan sekolah ini adalah seperti berikut: ·SRJK (T) LADANG PALANIAPPA, PAGOH,MUAR ·SRJK (T) LADANG PENGKALAN BUKIT, PANCHOR ·SRJK (T) LADANG CRAIGIELEA,BUKIT PASIR Pada tahun 1975, sebuah tandas telah dibina di sekolah induk . Pada tahun 1978 bangunan sekolah telah dibesarkan dengan kos RM 5,000.00. Bekalan api juga telah diselenggarkan. Pada tahun 1983 sebuah perpustakaan telah dibina dengan kos RM 7,000.00. Pada tahun 1990 sebuah kantin terbuka telah dibina. SEJARAH RINGKAS SEKOLAH-SEKOLAH CAWANGAN 1. Cawangan Palaniappa SJK Tamil Ladang Palaniappa telah ditubuh pada tahun 1956 di Ladang Palaniappa, Pagoh di Jalan Sengkang . Tapah tanah tersebut dimiliki oleh Kaum Chettiar. Tapah tanah Ladang tersebut telah dijual kepada orang perseorangan termasuk tapah tanah sekolah dan kuil. Tapah tanah sekolah telah dijual kepada En.Quek Ah Sim pada 23.11.1989. Sejak itu beliau bertindak melalui peguam supaya tapah tanah tersebut dikosongkan dan diserah kepadanya. Pada januari 1991 Pihak MIC Bahagian Pagoh dan PIBG telah mengenalpasti satu kawasan tanah seluas tiga ekar berhampiran dengan SM SARSI Pagoh. Proses pengambilan tapah tanah tersebut telah mengambil masa yang terlalu panjang. Proses tersebut telah mengambil masa sepuluh tahun dan selesai pada 2001. Tapah tanah tersebut telah dibeli dan serah kepada pihak sekolah oleh Kerajaan Negeri Johor. Pembinaan sekolah di tapah tersebut bermula pada 01.03.2001 dan siap pada 06.12.2001. Kos pembinaan telah dibiayai oleh DatoSree S.Samyveloo , Presiden MIC Kebangsaan. Kejayaan Pembinaan Sekolah Tamil Palaniappa adalah daya usaha MIC Bahagian, Negeri dan Kebangsaan. MIC Bahagian Pagoh telah menyerah bangunan tersebut kepada pihak sekolah pada 14.07.2003. Pada 02.10.2003 murid-murid SJK Tamil Palaniapa telah dipindahkan ke banguanan baru. Sejak itu SJK Tamil Palaniappa telah mulai berfungsi di bangunan baru . Namun demikian status sekolah tersebut masih kekal sebagai cawangan SJK Tamil Lanadron. 2. Cawangan Craigielea SJK Tamil Ladang Craigielea yang merupakan salah satu cawangan SJK Tamil Lanadron terletak 26 km dari pekan Pagoh , 26 km dari sekolah induk dan 36 km dari PPD Muar. Jarak jauh sekolah ini dari pintu masuk utama ladang ialah 8 km. Pada tahun 1953 , pekerja India di kawasan Ladang Craigielea telah mengadakan proses pnp di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di division batu 10 dan Ladang Kim Kee. Kedua-dua pusat ini tidak mempunyai apa jua kemudahan. Jumlah murid yang belajar di sekolah tersebut ialah 20 orang murid sahaja. Kesemua murid ini datang dari Ladang Craigielea yang mempunyai enam bahagian yang berasingan . Jarah dari satu division ke division lain adalah 10km. Oleh yang demikian murid-murid menghadapi kesukaran untuk meneruskan pelajaran mereka kerana masalah pengangkutan. Dalam keadaan sedemikian pengurus ladang En.L.V.Strivens telah berusaha untuk menubuhkan sebuah bangunan sekolah di tapah tanah sekolah sekarang pada 02.11.1961. Jumlah murid pada masa itu ialah 75 orang. Guru Besar ialah En.V.Subramaniam. A.S.Jayamoney dan Cik A.Theresa telah dilantik sebagai guru. Sekolah ini aktif dalam Permainan Badminton dan Sepak Takraw. Sukan Tahunan merupakan aktiviti tahunan sekolah ini. Sekolah ini juga mempunyai perpustakaan pusat dan perpustakaan kelas. Sekolah ini pada mulanya hanya mempunyai sebuah blok bangunan separa papan. Pada tahun 1964 sekolah ini telah mendapat bantuan modal untuk mengubahsuai bangunan yang sedia ada. Jumlah murid telah meningkat hingga 120 orang. Pada tahun 2002 sebuah kantin telah dibina atas sumbangan ADUN Jorak. Sekolah ini telah beroperasi hingga tahun 2011. Mulai tahun 2012 sekolah ini tidak beroperasi kerana tiada murid. 3. Cawangan Pengkalan Bukit SJK Tamil Ladang Pengkalan Bukit telah ditubuh pada 04.06.1952 oleh Pengerusi Lembaga Pengurus En.J.Jefferies. En.M.Kannan adalah guru besar. Enrolmen murid pada masa itu ialah 41 orang. Bilangan guru ialah dua orang termasuk guru besar. En.S.Velu dilantik sebagai guru. Bola Sepak dan Badminton merupakan permainan pilihan sekolah ini pada masa itu. Sukan tahunan merupakan aktiviti tahunan. sekolah ini juga miliki sebuah perpustakaan induk. Sekolah ini telah beroperasi hingga tahun 2006. Mulai tahun 2007 sekolah ini tidak beroperasi kerana tiada murid. Guru Besar sekolah-sekolah tersebut telah dilantik sebagai guru tanggungjawab sekolah-sekolah tersebut. En.Kuppusamy telah dilantik sebagai guru tanggungjawab cawangan Palaniappa. En. Mariappan telah dilantik sebagai guru tanggung jawab cawangan Craigielea. En. Stenis Dass telah dilantik sebagai guru tanggungjawab cawangan Pengkalan Bukit. Status Tapak Tanah Status tapak tanah SJK Tamil Lanadron adalah tanah milik Persekutuan. Keluasan tapak tanah adalah 0.25 hektar ( 2014 meter persegi). Jenis dan nombor hak milik ialah GRN 37112. No Lot tanah ialah 2254. Surat hak milik tapak tanah diberi hak milik Kerajaan Persekutuan telah dikeluarkan pada 07.07.2006. Walaubagaimanapun tarikh tapak tanah ini diberi hak milik kerajaan Persekutuan telah diawalkan pada 05.09.1971. Tapah tanah yang dikurniakan ini tiada tegahan atas kegunaannya. Mengikut Rekod JKR bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1956..No bangunan JKRM ialah 1249. Keluasan bangunan adalah 317.91 meter persegi. Pada masa itu sekolah juga menggunakan padang seluas 2,261.95 meter persegi sebagai padang sekolah. Padang ini kemudian telah diambil balik oleh pihak ladang untuk menanam kelapa sawit. Pada tahun 2006 , dalam Mesyuarat Agung PIBG yang telah dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor YB Tuan Haji Samat bin Aripin , pihak sekolah memohon jasabaik YB agar menyumbang tapak tanah sebelah kiri sekolah bertujuan untuk membina bangunan dan menjadikan padang sekolah. Sebahagian daripada tapak tanah ini pernah digunakan sebagai padang sekolah pada tahun 1980an. YB dalam ucapannya bersetuju untuk menyumbang tapak tanah Lot 2255 seluas 0.788 hektar ( 1.946 ekar ) kepada sekolah melalui Menteri Besar Kerajaan Negeri Johor. Dengan usaha murni YB Tuan Haji Samat Aripin sekolah telah berjaya disumbang tanah yang dimohon . Pada 13.12.2007 , Kerajaan Negeri Johor telah mengambil balik tapak tanah Lot 2255 seluas 0.788 hektar ( 1.946 ekar ) dari ladang dengan kos RM 117,494.00 dan serah kepada sekolah tanpa tegahan atas kegunaannya. GRN 37113. Pada 14.01.2007 , pihak sekolah , selepas mengalami bencana banjir , telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PPD Muar dan Jabatan Pelajaran Johor agar sekolah ini dibina bangunan tiga tingkat untuk mengelak kerosakan banjir. Pada tahun 2009 , Kementerian Pelajaran Malaysia telah melulus bantuan RM 600,000 sahaja untuk tujuan tersebut. Oleh kerana peruntukan tersebut adalah tidak mencukupi untuk membina bangunan tiga tingkat maka sekolah melalui PPD dan jPNJ merayu kepada KPM untuk menambah peruntukkan. Pada 01.04.2009 , YAB Timbalan Perdana Menteri, pada masa itu, YAB Dato'Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah meluluskan bantuan kewangan RM 1.04 juta Ringgit untuk membina bangunan dua tingkat. Dengan kurnia Tuhan yang masa Berkuasa maka hasrat sekolah membina bangunan satu blok tiga tingkat tercapai apabila Kerajaan menambah peruntukannya kepada 2.6 juta. Pada 05.12.2009 , JKR telah memulakan kerja-kerja pembinaan bangunan satu blok tiga tingkat. Kerja-kerja pembinaan ini telah siap lebih awal daripada tarikh dalam perjanjian. Bencana Alam Banjir Bencana Alam Banjir 1970 Pada tahun 1970 SJK Tamil Ladang Lanadron telah mengalami ancaman bencana alam banjir. Bencana Alam Banjir 2006 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON telah dilanda banjirdari 21.12.2006 hingga 30.12.2006 iaitu selama 10 hari mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada sekolah dari segi fizikal,peralatan pengajaran dan pembelajaran,alat-lat elektik,bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan perabut. Dengan ringkasnya semua kemudahan untuk meneruskan P&P di sekolah telah musnah. Guru-guru dan ibubapa telah membersihkan sekolah dari 31.12.2006 hingga 07.01.2007.Sekolah telah dibuka pada 03.01.2007. Proses Pembelajaran dan pengajaran tidak dapat bermula di sekolah induk akibat dari bencana banjir. Walaubagaimanapun proses P&P tidak terganggu. Murid-murid induk telah ditempatkan di SJK Tamil Cawangan Palaniappa dan P&P dimula seperti biasa. Kerja-kerja pembersihan telah mengambil masa 8 hari dan pada 07.01.2007 P&P telah bermula dengan jaya di sekolah induk. YB TANSRI HJ.MUHYIDDIN BIN HJ.MOHD.YASSIN, YB.TN.HJ SAMAT BIN ARIPIN , YB TN.HJ.TAHIR BIN TAAT ,YB DATO G.PALANIVEL, YB DATO KS BALAKRISHNAN, YB DATO S KRISHNASAMY, YB EN. M.ASOJEN, YB KOMALA KRISHNAMURTHY,PENYELIA SEKOLAH TAMIL NEGERI JOHOR, TUAN PPD DAN PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGUNAN PPD MUAR dan ramai orang-orang kenamaan telah melawat sekolah semasa dan selepas dilanda banjir . SUMBANGAN EHSAN BENCANA ALAM Pihak kerajaan , NGO dan orang perseorangan telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan peralatan untuk baik pulih sekolah serta melengkapkan dengan berbagai peralatan dan bahan bantu mengajar. Mereka juga telah memberi sumbangan kepada murid-murid sekolah ini dalam bentuk kewangan dan peralatan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membantu bangunan sekolah pulih ke asal. ROTARY CLUB OF MUAR , ROTARY CLUB OF JOHOR BAHRU CENTRAL, yogham labis, DATIN RADZIAH M.DAUD PRESIDEN National Association of Early Childhood care and Education Malaysia , Kasi Industries , Uma Publications, Mim Ming Labis, Jaya Bakthi PERWAKILAN AGAMA HINDU. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, PN D.VIMALA PRISM VISION NETWORKS CORPORATION SDN BHD dan banyak syarikat telah menyumbang buku-buku perpustakaan. Yb Dato Ramani Gurusamy Pengerusi, Caucas Malaysian Indian Women Leaders telah menyumbang Pakaian seragam dan peralatan sekolah kepada semua murid. Bencana Alam Banjir 2011 SJK Tamil Lanadron telah dilanda banjir pada 01.02.2011 hingga 08.02.2011. Oleh kerana SJK Tamil Ladang Lanadron baru pindah ke bangunan baru maka kerosakan kepada sekolah dari segi fizikal,peralatan pengajaran dan pembelajaran,alat-lat elektik,bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan perabut adalah tidak teruk seperti tahun 2006. Guru-guru dan ibubapa sempat menyelamatkan semua peralatan ke bangunan baru. Dengan itu kerosakan teruk dapat dielakkan. Namun demikian bangunan lama telah mengalami kerosakan yang teruk seperti tahun 2006. Ianya masih tidak dapat digunakan untuk pnp dan sebagai bilik –bilik khas akibat kerosakan tersebut. Bangunan baru juga menghadapi masalah.Sistem perairannya telah rosak dan ini telah menyebabkan semua tandas di bangunan baru tidak dapat digunakan. Ini amat menyulitkan murid,guru dan pelawat. Pihak sekolah masih menggunakan tandas di bangunan lama. Sambutan 100 tahun Pada tahun 2008 sekolah telah meraikan sambutan 100 tahun dengan meriah.Beberapa acara telah disusun sepanjang tahun untuk meraihkan sambutan 100 tahun. Pengumuman dan pelancaran sambutan 100 tahun sekolah telah diumum dalam perhimpunan sekolah pada 07.01.2008. Banner 100 tahun dipasang sebagai tanda pelancaran sambutan 100 tahun. Berita sambutan 100 tahun juga tersiar dalam akhbar-akhbar Tamil. Pada 14.01.2008 sambutan 100 tahun bermula dengan ucapan Guru Besar bertajuk ”Sejarah dan Kegemilangan SJK Tamil Lanadron dalam 100 tahun di arena pendidikan ”. Setiap minggu seorang guru ditugaskan memberi ucapan tentang sekolah dari aspek-aspek tertentu. Bekas Guru-guru Besar En.M.Sahadevan , En.M.Kannan dan En.C.Pandu Rengan , guru- guru dan pelajar-pelajar SJK Tamil Lanadron yang telah berjaya dalam kerjaya telah dijemput untuk memberi ceramah yang berkaitan dengan sekolah dan kejayaan mereka. Beberapa acara seperti Mencipta Loga sambutan 100 tahun , Melukis Poster , Kuiz Sejarah Sekolah , Pertandingan menulis karangan tentang sejarah dan Kejayaan Sekolah, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Sajak , Pertandingan Buku Skrab dan sebagainya telah diadakan sepanjang tahun. Bangunan sekolah juga dicat dan dilukis mural sempena sambutan 100 tahun.Pamiran dan jamuan juga diadakan. Pelancaran Buku oleh bekas murid Puan Rajammal Rajendran telah dilaksanakan di sekolah sempena sambutan 100 tahun. Kehadiran Tokoh –tokoh sasterawan dan ahli-ahli politik tempatan dan India telah memeriahkan majlis ini. Sambutan 100 tahun telah dirasmikan penutupnya oleh En.nadaraja,pemegang Guinness Rekod. Bangunan Sekolah Pada 14.01.2007 , pihak sekolah , selepas mengalami bencana banjir , telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PPD Muar dan Jabatan Pelajaran Johor agar sekolah ini dibina bangunan tiga tingkat , untuk mengelak kerosakan banjir. Pada 01.04.2009 , YAB Timbalan Perdana Menteri, pada masa itu, YAB Dato'Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah meluluskan bantuan kewangan RM 1.04 juta Ringgit . Peruntukkan ini hanya mencukupi untuk membina satu blok bangunan dua tingkat . Oleh kerana peruntukan yang dilulus tidak mencukupi untuk membina bangunan tiga tingkat maka pihak sekolah merayu kepada KPM melalui PPD,JPNJ dan JKR untuk menambah peruntukkan kepada RM 2.6 juta. Dengan limpah kurnia Tuhan yang maha Berkuasa pihak kerajaan telah bermurah hati meluluskan RM 2,604,000.00 untuk tujuan tersebut. JKR telah melantik MUDA MEKAR SDN BHD sebagai kontraktor utama untuk melaksanakan projek pembinaan SATU BLOK BANGUNAN TIGA TINGKAT. Pihak kontraktor telah memulakan projek ini pada 05.12.2009 dan telah menyiapkan pada 15 Disember 2010 dua minggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dan telah diambil milik oleh JKR Muar pada 16 Disember 2010. JKR juga telah membenarkan pihak sekolah untuk memulakan pembelajaran dan pengajaran di bangunan baru pada 03.01.2011. Majlis penyerahan bangunan baru secara rasmi telah berlangsung pada 14 Januari 2011 jam 9.30 pagi di Bilik Komputer Bangunan Baru SJK Tamil Lanadron. Majlis penyerahan bangunan secara rasmi telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Johor , Pejabat Pelajaran Daerah Muar, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Kerja Raya Daerah, Kontraktor Muda Mekar Sdn Bhd, Kontraktor Hariza Enterprise, Kontraktor Diyman Enterprise ,Guru Besar dan guru penolong kanan sekolah. Mohd Azuan Sahak ,Jurutera Awam JKR Muar telah mempengerusikan majlis tersebut. En.Mohd.Nasseruddin bin Abd.Samat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor , En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan, En.Barimin bin Kasirin, Penolong Jurutera Bangunan JKR Daerah Muar dan En.M.Turuvangadam ,Guru Besar SJK Tamil Lanadron telah memberi ucapan dalam majlis tersebut. Guru Besar dalam ucapannya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Kemeterian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar di atas sokongan mereka dalam projek ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada En.Bariman dan En.Shaiful dan En.Ahmad Jaafar dari JKR yang telah banyak membantu dalam kejayaan projek ini. Guru Besar juga merakamkan penghargaan yang tinggi kepada En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan dan Tuan Hj Haris bin Hashim , Penyelia di unit Pembangunan dan Perolehan Pejabat Pelajaran Daerah Muar di atas sumbangan mereka yang tak terhingga dalam kejayaan hasrat sekolah untuk membina bangunan tiga tingkat. Guru Besar bagi pihak sekolah juga merakamkan penghargaan kepada Kontraktor Utama projek ini Muda Mekar Sdn Bhd dan semua kontraktor - kontraktor lain , Unit Pengurusan Projek JKR , Cawangan Kerja Arkitek JKR , Cawangan Kontrak dan Ukur JKR , Cawangan Kerja Mekanikal JKR , Cawangan Kerja Elektrikal JKR dan semua yang telah menyumbangkan tenaga dan masa bagi menjayakan projek ini. Guru Besar juga menyatakan bahawa warga sekolah berasa sangat berpuas hati dengan pelaksaan projek ini. Md Hanafi bin Omar ,Pengarah Pengurusan Muda Mekar Sdn Bhd.telah menyerahkan replika kunci bangunan baru kepada En.Barimin bin Kasirin , Penolong Jurutera Awam Bahagian Pendidikan JKR Muar dan seterusnya En.Barimin bin Kasirin menyerahkan replika kunci tersebut kepada En.Mohd.Nasseruddin bin Abd.Samat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan seterunya beliau menyerahkan kunci tersebut kepada En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan dan akhirnya beliau menyempurnakan majlis penyerahan bangunan baru dengan menyerahkan replika kunci bangunan baru kepada En.M.Turuvangadam ,Guru Besar SJK Tamil Lanadron. Upacara masuk bangunan baru mengikut adat telah diadakan pada 22.01.2011.Murid - murid telah mulai p&p di bangunan baru mulai 24.01.2011. |
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KURIKULUM
Sekolah Tamil Lanadron telah menjadi sekolah cemerlang dalam kurikulum secara berterusan. Pada tahun 2008 sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor berdasarkan peningkatan GPS Tertinggi SJKT Negeri Johor. Pada tahun 2009 juga , sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor berdasarkan peningkatan GPS Tertinggi SJKT Negeri Johor. Pada tahun 2010 juga , sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik Ketiga dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor dalam kategori UPSR SJKT Negeri Johor. Pada tahun yang sama , iaitu 2010 , sekolah juga telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor dalam kategori Murid Istimewa Bermasalah Penglibatan UPSR 2010. Murid tersebut ialah M.Rajkumar. Pada tahun 2011 , sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik Ketiga dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor kerana telah memperolehi GPS 1.87 dan melepasi GPS Negeri Johor dalam kategori UPSR SJKT Negeri Johor . Gred Purata Sekolah dari tahun 2007 hingga 2011 semakin meningkat ke tahap yang memuaskan. Pada tahun 2007 GPS sekolah ialah 2.67. Ia telah meningkat ke tahap 2.16 pada tahun 2008. Pada tahun 2009 ia meningkat lagi ke gred 1.90. Pada tahun 2010 GPS ialah 1.87 dan pada tahun 2011 ia telah mencapai 1.76. PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KOKURIKULUM SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2008 SJK T LADANG LANADRON telah mula mengambil bahagian dalam Science Fair mulai Tahun 2008 iaitu tahun pertama Science Fair diperkenalkan di Negeri Johor. Seramai 5 orang murid tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Sains Fair pada tahun 2008. Murid-murid tersebut adalah R.Jeyaganesh, A.Kesavan, R.Jiiveetha, R.Vikneswary dan C.Lossini. Murid-murid ini telah membuat kajian sains dalam tajuk ”Detergent and plant Growth”. Mereka telah menyertai Science Fair di peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTM, Johor Bahru pada 11.05.2008. Daripada 60 buah sekolah yang telah menyertai dalam Karnival Sains ini SJK Tamil Ladang Lanadron telah berjaya mendapat tempat ke tujuh. Ini telah membuka jalan kepada sekolah untuk menyertai di peringkat kebangsaan. Walaupun sekolah hanya mendapat saguhati di peringkat kebangsaan ini telah memberi perangsang kepada sekolah untuk turut melibat dalam Science fair setiap tahun. SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2009 Seramai 5 orang murid tahun 5 telah mengambil bahagian dalam SF pada masa tahun itu. Murid-murid tersebut adalah adik Murid –murid ini telah membuat kajian sains dalam tajuk ”Vitamin C”. Mereka telah menyertai Science Fair di peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat . Walaupun Pencapaian sekolah dalam Science Fair pada tahun itu adalah tempat kesebelas. Memandangan jumlah peserta di peringkat negeri menambah maka sekolah dapat mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan . SJK T Lanadron mendapat saguhati di peringkat Kebangsaan. SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2010 SJK Tamil Lanadron telah menganjurkan SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2010 di peringkat sekolah buat kali pertama. Seramai 5 orang murid tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Science Fair 2010. Murid-murid tersebut adalah adik S.Vijayasanthe A.Rupanraj, V.Kasturi dan C. Murid –murid ini telah membuat kajian sains dalam tajuk ”pH Paper”. Mereka telah menyertai SF di peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM,Batu Pahat. Sekolah berjaya mendapat tempat ke tujuh dan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Ia berjaya mendapat saguhati di peringkat Kebangsaan. SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2011 Sekolah telah menghantar dua pasukan - satu dari induk dan satu lagi dari cawangan Palaniappa untuk menyertai SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2011 peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat. Pasukan Lanadron telah disertai oleh B.Kaartik, R.Sethumathavan, K.Praveen dan V.Thavaneswaran. Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk ”Wind Turbine”. Pasukan ini telah mendapat tempat ketujuh. Pasukan Palaniappa telah disertai oleh B.Kaartik, R.Sethumathavan, K.Praveen dan V.Thavaneswaran. Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk ”Wind Turbine”. Pasukan ini telah mendapat tempat kelima walaupun menyertai Science fair buat kali pertama. Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri untuk menyertai science fair peringkat kebangsaan. Walaupun SJK Tamil Lanadron hanya mendapat tempat yang ke tujuh di peringkat negeri ianya berusaha dengan lebih gigih lagi dan akhirnya menjadi JOHAN di peringkat Kebangsaan.Ini adalah satu kejayaan yang sangat bererti kepada sekolah. SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2012 Seperti tahun 2011, Sekolah telah menghantar dua pasukan - satu dari induk dan satu lagi dari cawangan Palaniappa untuk menyertai SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2012 peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat. Pasukan Lanadron telah disertai oleh B.Kaartik, R.Sethumathavan, K.Praveen dan V.Thavaneswaran. Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk ”Wind Turbine”. Pasukan ini telah mendapat tempat kelapan. Pasukan Palaniappa telah disertai oleh B.Kaartik, R.Sethumathavan, K.Praveen dan V.Thavaneswaran. Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk ”Wind Turbine”. Pasukan ini telah menjadi Johan di peringkat Negeri. Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri untuk menyertai science fair peringkat kebangsaan. Walaupun SJK Tamil Lanadron hanya mendapat tempat yang ke lapan di peringkat negeri ianya berusaha dengan lebih gigih lagi dan akhirnya menjadi JOHAN di peringkat Kebangsaan.Ini adalah satu kejayaan yang sangat bererti kepada sekolah. MUTHAMIL VILAH Muthamil Vilah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum tahunan SJK Tamil di peringkat daerah dan Negeri sejak dua puluh tahun. Pada tahun 2005 sekolah telah menjadi Johan dalam Pertandingan Tarian Tradisional dan Pertandingan Isaippaadal di peringkat daerah. di peringkat Negeri pula menjadi naib Johan dalam Isaippaadal dan dan tempat ketiga dalam tarian Tradisional. S.Umananthini telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan deklamasi sajak di peringkat daerah. Ia juga menjadi Naib Johan Keseluruhan di peringkat daerah. Pada tahun 2006 sekolah telah berjaya dalam hampir semua pertandingan muthamil vilah peringkat daerah. Ianya telah menjadi Johan dalam Drama , Isai Padal , lukisan dan Naib Johan dalam Tarian Tradisional di peringkat daerah. Di peringkat Negeri pula ianya menjadi naib Johan dalam Isaippaadal , lukisan dan tempat ketiga dalam Drama. Sekolah telah menjadi Naib Johan dalam Syarahan , Deklamasi Sajak , Grafik ICT dan Tevaram. dengan pencapaian ini sekolah telah menjadi JOHAN KESELURUHAN MUTHAMIL VILAH DAERAH MUAR. KARNIVEL KOKO AKADEMIK pada tahun 2006 R.Jiveetha dari SJK Tamil Lanadron telah menjadi Johan dalam Karangan Bahasa Tamil Tahap 1 dalam Karnivel Bahasa Tamil peringkat Daerah dan Negeri yang dianjur oleh Panitia Bahasa Tamil daerah dan Negeri. A.Kesavan telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan Syarahan peringkat daerah. Pada tahun 2007 SJK Tamil Lanadron telah menjadi Johan dalam Syarahan tahap 1dan Melafaz Athisudi , Naib Johan dalam Syarahan Tahap 2 dan Ketiga dalam Kuiz Bahasa Tamil di peringkat daerah. AKTIVITI TAHUNAN SJK TAMIL LADANG LANADRON SJK Tamil Lanadron telah menganjur beberapa aktiviti seperti Sukan , Permainan dan Lawatan sambil Belajar hampir setiap tahun. Sukan tahunan yang diadakan pada tahun ini ialah Sukan tahunan yang ke . Temasya Sukan ini buat kali pertama dalam sejarah sekolah telah diadakan di luar kawasan sekolah. Ianya telah diadakan di Kolej Metrikulasi Tangkak. Majlis telah dirasmikan oleh . Sukan tahunan yang ke telah diadakan pada di .Ianya telah dirasmikan oleh . Lawatan sambil Belajar telah diadakan setiap tahun. Pada tahun 2005 murid-murid telah melawat . MAJLIS APRESIASI GURU Majlis Apresiasi Guru merupakan sebuah aktiviti tahunan mulai tahun 2010. PIBG SJK TAMIL LADANG LANADRON |